Saturday, December 23, 2006

Hakikat Perniagaan Internet

Perniagaan internet sememangnya menjanjikan suatu pulangan yang baik. Walaubagaimana pun sebagaimana Kota Rom tidak dibina dalam masa satu hari, begitulah sebenarnya hakikat perniagaan melalui internet ini.


Untuk berjaya dalam perniagaan internet ini, satu komitmen yang berterusan dan ISTIQAMAH yang kental perlu ada pada anda. Inilah hakikatnya. Tetapi yang paling menarik berkaitan dengan internet ini, ianya tidak memerlukan modal permulaan yang besar !. Yang penting anda perlu bertindak dan melaksanakan dengan tekun.

Di negara kita sendiri telah ada yang menjadi jutawan melalui perniagaan internet ini dan ada yang saya kenali. Mereka ini berjaya kerana melaksanakan perniagaan internet lebih daripada 5 tahun !.

Hari ini saya rasa amat bertuah dan gembira kerana keyakinan saya kepada ucapan Saidina Ali. r.a adalah benar iaitu 'Ilmu jika diberikan pada orang akan bertambah manakala harta jika diberi akan semakin berkurang' . Oleh itu kongsilah ilmu anda.

Saya menulis disini kerana ingin berkongsi pentahuan saya dan bukan niat untuk menjadi guru pun. Jika anda ada ilmu pengetahuan untuk dikongsi bersama di blog ini sila email kepada saya; asikin1@hotmail.com.

Setelah saya memberikan pelbagai ebuku pada blog saya ini, hari ini saya menerima lagi lebih daripada 70 ebuku percuma daripada rakan - rakan internet !. Terima kasih saya ucapkan.

Satu daripada buku ini ada dinyatakan pada blog ini. Iaitu 'Online Business Basic'. Buku ini menerangkan dengan jelas realiti perniagaan internet dan anda boleh download percuma nanti.

Bacalah ebuku percuma ini sebelum anda menyertai apa jua kursus yang ditawarkan kerana pada pandangan saya buku ini amat baik sekali untuk anda baca sebelum anda sertai apa jua kursus bernilai ratusan ringgit !.

Jika telah baca BERTINDAK lah, sekurang - kurangnya buat lah blog macam saya ni. Banyak yang bertanya kepada saya kenapa menulis di blog yang berkemungkinan tiada yang baca ?.

Hakikat yang saya cari tersirat dalam hadis Nabi s.w.a ini :

'Jika meninggal seorang anak adam, maka terputuslah segala amalannya, kecuali tiga perkara. Iaitu SEDEKAH JARIAH, DOA ANAK YANG SOLEH DAN ILMU YANG BERMANAFAAT'.


Apa yang saya tulis adalah hasil daripada pembacaan, pengalaman serta perkongsian ilmu daripada guru - guru dan juga rakan - rakan saya.

Anda boleh download ebuku : Online Business Basic

Sekian terima kasih

Rahsia Duit



No comments:

NOT FIND WHAT ARE YOU LOOKING FOR?. TRY SEARCH

Google
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.