
Perancangan ataupun 'planning' merupakan perkara yang penting untuk kita semua. Kebanyakan kita bila berbicara tentang perancangan, kita akan terbayangkan 2 perkara sahaja iaitu Perancangan Perniagaan dan juga Perancangan Perkahwinan. Sebenarnya...
perancangan bukan sahaja melibat perniagaan tetapi kehidupan kita ini perlu dirancangan dengan teliti untuk membolehkan kita menjadi seorang yang berjaya.
Kita perlu merancang untuk berjaya dalam kehidupan ini. Tanpa perancangan yang teliti maka kehidupan kita akan hanyut tanpa tujuan ataupun kita akan menjadi pak turut kepada orang lain.
Kita perlu merancang dengan teliti kehidupan kita, kearah mana kita hendak pergi, apa yang hendak kita capai sekarang dan juga pada masa hadapan. Perancangan ini perlu kita TULIS dalam buku yang akan kita simpan dengan baik dan setiap hari dan juga bulan kita semak perancangan yang kita buat sama ada sudah tercapai ataupun tidak. Jika tidak dimana kelemahannya dan kita perbaiki.
Catitkan jua langkah - langkah untuk mencapai hasrat kita dengan jelas, terutama apa yang perlu kita buat dan seumpamanya. Begitu juga dalam usaha kita mencari duit ini. Setiap apa yang kita buat perlu dirancangkan dan dirangka strategi - strategi perlaksanaan.
Samaada kita membuat perniagaan kedai makan, kedai runcit, perniagaan melalui internet dan lain - lain. Satu daripada kelemahan yang ketara saya lihat kepada usahawan melayu adalah tiada perancangan yang jelas dalam pembangunan perniagaan mereka. Sebahagian hanya buat mengikut arus perniagaan. Dengan kata lain, orang berniaga kita pun berniaga, perniagaan orang lain berkembang dan terus maju kita duduk pada tahap yang sama ataupun makin mengecil dan terus hilang.
Oleh itu sebelum melaksanakan sesuatu projek perniagaan buatlah Perancangan Perniagaan yang betul jelas dan terperinci, meliputi strategi - strategi perlaksanaan serta tempoh masa yang tertentu serta sentiasa semak perkembangan perniagaan kita.
Ubah pendekatan jika kita dapati pendekatan yang kita telah laksnakan tidak sesuai ataupun tidak memberi kesan ataupun pulangan yang baik. Jangan kita takut untuk mencuba sesuatu yang baru, selagi ia tidak menyalahi agama dan juga perundangan negara ini.
Ingatlah bahawa tanpa perancangan yang kemas dan tersusun rapi kehidupan kita ini akan hanyut di telan arus pembangunan dan tiada kejayaan yang akan dicapai.
No comments:
Post a Comment