
" Can you give me a cup of Milo please" asked me to the waiter."Excuse me.."asked the waiter.."Yeah, I want a cup of milo please" asked me again. "What milo.." asked the waiter again. "The brown drink there " I replied "oo..you mean hot chocolatate ?" asked the waiter again.."Yes" I replied. Inilah dialog yang benar terjadi pada mula - mulanya saya masuk kekafetiria di Liverpool John More Unversity..
Kenapa begini ? Pada hari pertama saya diuniversiti ini, saya bersama rakan yang juga baru mendaftar diuniversiti ini pergilah minum dikafeteria. Biasalah peminat milo, saya pun terus memesan minuman ini...tapi lain pulak jadinya.
Inilah kesan daripada kekuatan sesebuah brand atau pun jenama sesuatu produk, sehinggakan ia telah menjadi menu serta hidangan kita pada hari ini. Jenama nescafe, milo dan juga maggie telah begitu berkesan dipahatkan didalam minda kita seterusnya memberikan kesan yang mendalam kepada kehidupan dan ini menambah dan memudahkan jualan sesuatu produk.
Milo sebenarnya adalah minuman coklat, nescafe adalah minuman kopi segera begitu juga maggie mee adalah mee segera. Setelah lama bertapak kukuh di negara kita, jenama ini telah menjadi hidangan dalam kehidupan seharian kita.
Sebenarnya banyak minuman yang seiras dengan jenama ini seperti Vico, Indcafe, Indo mee , tetapi pengguna lebih mudah mencari milo,nescafe dan maggie.
Brand atau jenama ini, memainkan peranan yang amat penting dalam pemasaran produk. Oleh itu jika anda terlibat dalam pemasaran apa jua produk, berikan brand kepada produk anda. Lambat laun brand anda akan dikenali ramai dan ini akan memudahkan anda menjual produk, kerana pengguna akan cari jenama anda.
Cuma pastikan produk anda berkualiti, harga berpatutan, mudah diperolehi, dan jika makanan pastikan ianya sedap dan cantik..
No comments:
Post a Comment