Tuesday, December 26, 2006

Agrobazaar

Semalam saya telah berpeluang berkunjung ke pasaraya Mydin di USJ 1, Subang Jaya Selangor. Setibanya saya di Mydin saya berpeluang mengunjungi Agrobazaar yang terletak berhampiran pintu masuk ke pasaraya Mydin.
Saya dimaklumkan bahawa Agrobazaar ini dikendalikan oleh FAMA sebagai satu tempat untuk memasarkan produk - produk makanan industri asas tani terutama yang dikeluarkan oleh bumiputra.

Di Agrobazaar terdapat pelbagai jenis produk makanan, minuman dan juga lain - lain produk yang telah dihasilkan oleh usahawan bumiputra daripada seluruh negara disamping itu juga terdapat produk - produk jenama Agromas dan Olemas dijual disini pada harga yang berpatutan.


Saya sungguh kagum melihat produk - produk ini kerana hampir kesemuanya dibungkus dalam keadaan yang menarik setanding dengan produk - produk yang dikeluarkan oleh syarikat besar dan juga produk - produk makanan yang di import.

Dengan mengunjugi Agrobazaar ini anda akan dapat membeli pelbagai jenis produk yang unik dan menarik dari seluruh negeri di Malaysia. Disini ada dijual Tabaloi sejenis makanan daripada Sarawak, Kerepek Pisang daripada Sabah, Madu Lebah Tualang daripada negeri Kedah, Minyak Masak Kelapa Dara, Rempah daripada Pahang dan pelbagai jenis produk yang sungguh istimewa ada dijual disini.


Saya juga dimaklumkan bahawa selain di Pasaraya Mydi di USJ 1, terdapat juga sebuah lagi Agrobazaar dengan konsep yang sama di Jejantas Ayer Keroh Melaka di lebuh raya utara selatan. Oleh itu jika anda berperluang melalui lebuhraya ini singgahlah ke Agrobazaar ini.

Rahsia Duit.

No comments:

NOT FIND WHAT ARE YOU LOOKING FOR?. TRY SEARCH

Google
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.