
Kenapa saya katakan begini ?. Jika kita ikhlas tiada apa yang hendak takutkan serta kita tidak mudah irihati kepada orang lain ataupun pencapaian orang lain. Bahkan kita akan sentiasa ringan tulang untuk membantu orang lain kerana apa jua yang kita lakukan bukan mengarapkan balasan ataupun pujian daripada orang lain ataupun makhluk Allah s.w.t yang lain, kita hanya mengharapkan keredhaan Allah s.w.t sahaja.
Kerana kita tahu, jika Allah s.w.t redha kepada kita, apa perlunya pujian ataupun sanjungan daripada hamba - hambanya yang lain. Sebabnya semuanya daripada Allah jua. Rezeki, Pangkat, Harta, Anak-anak, suami/isteri dan lain - lain adalah anugerah daripada Allah s.w.t jua !
Dengan melaksanakan prinsip ikhlas ini, saya yakin kita semua akan sama - sama maju dalam apa jua yang kita laksanakan. Tiada lagi isu - isu 'guna- guna', santau dan seumpamanya daripada kalangan masyarakat.
Contoh yang paling jelas ikhlas dalam mencari duit ini adalah dalam amalan perniagaan. Tidak akan wujud penipuan. Lihat sahaja peniaga yang berniaga mereka akan saling bantu membantu.
Orang ikhlas juga akan memiliki aura tersendiri. Antaranya ia seorang yang jujur, pemurah, ringan tulang, ramai kawan dan selalunya orang alim lagi warak. Orang seperti ini air mukanya jernih dan bersih kerana tiada apa pun dalam hatinya yang merisaukan, kerana bagi mereka segalanya sudah ditentukan oleh Allah s.w.t, kita hanya berusaha untuk mendapatkannya.
Semalam saya ada menulis sedikit dalam bahasa inggeris . Tujuan ia dibuat adalah untuk memudahkan saya menulis dalam bahasa ini jika Bahasa Inggeris lama ditinggalkan ia akan berkarat.
Tentang belajar bahasa inggeris ini bagi saya semua kita mampu menguasainya. Saya pernah menuntut di UK selama 2 tahun. Saya pernah belajar bahasa inggeris bersama mat saleh kat sana. Bila buat karangan, mereka ada yang lebih teruk dan ada yang dapat gred C pun !.
Bahasa ini sama sahaja, macam Bahasa Melayu juga, kita boleh bercakap melayu tapi bila buat karangan ada jaminan ka kita dapat A atau 100%?. Jawapan nya tidak.
Oleh itu bagi mereka yang kurang mahir berbahasa Inggeris ni belajar dan praktis lah bercakap, salah tak ape......begitulah juga dengan penulisannya....tulislah satu karangan setiap hari (atau jurnal @ karangan pendek ?). Ini petua yang diberikan oleh guru bahasa inggeris saya di UK. Lama - lama kita akan pandai. Insya Allah.
So bila sebut pasal UK ni saya teringat juga masa saya duduk di Liverpoo,... tu.........nama saja gah tapi ada juga mat saleh ni tak tahu guna komputer pun. So bila jumpa orang puteh ni janganlah kita rasa rendah diri , bagi saya kita ni sama aje.........tambah- tambah Malaysia ni dah pesat membangun.
Kelebihan yang ada pada mat saleh ni depa rajin membaca. Kat mana - mana ada masa luang baca buku !. Kuat baca buku tak kira muda atau tua...........dan amat menghargai masa....ini kelebihan yang ada pada mereka yang perlu kita semua tiru..........bukan keburukan...Mabuk....yang banyak juga orang melayu mudah tiru.........I see with my own eyes !!!......Ada yang pakai tudung, solat dan...............mabuk......!!!!!!......tak percaya ??..........
Terpulanglah tapi ini kisah benar dan pengalaman yang pernah saya lihat. Tapi di KL ni pun banyak sekarang ni.........Ini yang mudah orang kita tiru dan jadi ikutan.....tak tahu nak jadi apa.
Peribahasa Cina ada mengatakan ' Jadilah kepala jangan jadi ekor, kerana ekor akan bergelumbang dengan tahi" (Lembu kot) ini yang diceritakan kepada saya oleh rakan berbangsa cina.
Tahun baru akan menjelang tiba, apa pencapaian anda tahun ini. Apa azam baru Tahun 2007 ?. Jika soalan ini diajukan kepada beberapa rakan, ada yang dengan mudah menjawab ' Azam saya pada tahun 2007 adalah melaksanakan azam saya ditahun 2006 !'
So pi mai pi mai dok tang tu juga.........Jangan hanya menjadi penonton ayuh kita semua bergerak ke arah kemajuan diri, keluarga, agama islam , bangsa dan negara.........
Rahsia Duit.
No comments:
Post a Comment