Rahsia Duit yang terakhir adalah TAQWA kepada Allah s.w.t. Apa itu taqwa ?. Dalam bahasa yang mudah adalah 'Buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang'. Itulah taqwa. Sebagai seorang muslim inilah yang saya yakini kerana dalam al-Quran dalam surah At-Thalaq ayat 2-3 Allah s.w.t berfirman yang ertinya:
"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka - sangkanya"
Ini lah janji Allah kepada kita. Oleh itu saya menyeru kepada diri saya sendiri dan juga kepada anda, jika ingin berjaya dalam apa jua kehidupan dunia dan akhirat marilah kita sama - sama bertaqwa kepada Allah s.w.t. Tiada jalan lain menuju kebahagiaan hidup ini kecuali jalan Islam.
Sesungguhnya Islam telah mengajar kita panduan hidup yang amat berguna dan lengkap. Sebagai contohnya Islam mengajar kita jangan menipu dalam berniaga, jujur, tidak mengurangkan timbangan dan lain - lain perkara yang baik. Ini merupakan faktor yang akan membawa kejayaan walaupun anda menjalankan perniagaan melalui internet.
Ini lah rahsia terakhir rahsia DUIT iaitu = DOA + USAHA+ IKHLAS + TAQWA = DUIT !.
Tanpa ke empat- empat ini apa juga yang kita laksanakan tidak akan berjaya....Yakinlah. Bagaimana sebuah perniagaan akan berjaya jika ada unsur penipuan, manipulasi dan seumpamanya ?. Begitu juga dengan kehidupan ini juga boleh dilihat sebagai satu bentuk perniagaan juga.
Skop "perniagaan " perlu kita perluaskan untuk kita berjaya dalam kehidupan ini iaitu perniagaan adalah "menjual" dan apa yang kita jual itu perlu kita perhatikan dan kaji. Ada yang menjual produk, perkhidmatan, dan juga menjual buah fikiran dan serta maklumat, semua ini sebenarnya boleh menghasilkan duit jika dilaksanakan dengan teliti serta usaha yang gigih.
Perniagaan juga boleh dilihat sebagai memberikan perkhidmatan yang diperlu oleh pengguna. Sebagai contoh, bank pada hari ini apa yang dia jual ?. Satu daripadanya adalah menyediakan tempat yang selamat untuk simpan duit bagi orang yang berduit dan juga memberi pinjaman kepada orang yang tak de duit ! . Itu aje asasnya !. Dengan kata lain duit yang orang simpan, diberi pinjam kat orang lain dengan sedikit interest !. Interest ini akan sedikit diberikan kepada penyimpan dan sebahagian diambil oleh Bank sebagai pendapatannya. (Berniaga guna duit orang lain !).
Akhirnya saya juga ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA SELAMAT TAHUN BARU 2007.
No comments:
Post a Comment