Jika dibuat perbandingan sedikit sekali orang kita menceburi bidang ini kerana hakikatnya adalah Perniagaan ini bukanlah budaya kita. Semenjak daripada kecil kita diajar atau disuruh supaya belajar rajin - rajin dan dapat ijazah kemudian bekerja samaada disektor awam ataupun swasta. Jika tak dapat pun jadi cikgu ataupun askar atau polis. Ini lah budaya kita pada asalnya.
Jika ada yang ingin berniaga banyak yang akan mengata pelbagai kepada kita bukan nak membantu. Hanya mereka yang bersemangat waja sahaja yang akan menceburi bidang perniagaan, yang lain samada ada kerja makan gaji ataupun langsung tak bekerja. Oleh itu kita tidak boleh menyalahkan sesiapa jika ramai daripada graduan hari ini menganggur yakni tidak bekerja.
Apa yang menyedihkan lagi sudah timbul desas desus dikampung, terutama kampung saya, mencemuh mereka yang dapat masuk U ni..........kerana kata mereka ' masuk U ni .....bila habis belajar, mengganggur juga.......macam si anu dan si anu....baik tak usah pi masuk U, ngabih duit aje.....baik kerja buat rumah batu, dapat duit'.
Fenomena seperti ini yang menakutkan saya, tapi yang peliknya tak de pulak kita dengar graduan bukan melayu mengganggur ?. Kenapa ?............Saya tercari - cari jawapan kepada persoalan ini.........tapi........
Antara sebab mengapa graduan bukan melayu tidak banyak yang mengganggur adalah kerana sebahagian besar perniagaan dan pengilangan dikuasai oleh bukan melayu dan dengan ini mudah bagi mereka mendapat pekerjaan.
Satu lagi trend yang saya lihat dalam masyarakat cina adalah mereka ada vision. Ini saya lihat daripada rakan - rakan cina saya. Trend ini merangkumi....bila belajar mereka akan belajar dengan bersungguh.......dan score.....bila grad mereka akan bekerja dalam apa jua pekerjaan, tetapi lebih suka kepada bahagian pemasaran . Ini bagi mereka adalah nadi sesebuah syarikat Mereka bekerja tak lama disesebuah syarikat.........setahun mereka mula meluncat kesyarikat lain, untuk mendapat gaji dan pangkat yang lebih ........tiada erti SELESA bagi mereka ini.
Tujuan mereka berbuat begini adalah untuk mengumpul duit, untuk memulakan perniagaan ataupun membeli asset. Disamping itu mereka buat kerja part time seperti mengajar tuision dan lain - lain, asalkan duit masuk. Saya pernah tanya kawan cina saya ni, "jawap mereka muda- muda ni la nak kerja nanti tua senang !" (Sebab tiada pencen bagi mereka !)
Setelah mereka menghampiri umur antara 28-35 tahun mereka akan memulakan perniagaan sendiri hasil pengalaman dan hubungan yang mereka buat (connection). Ini menyebabkan banyak berlaku kekosongan jawatan dalam syarikat ditambah lagi dengan pertumbuhan syarikat baru yang mereka wujudkan.
Walaubagaimana pun persepsi bahawa cina pandai berniaga, tidak semua benar bagi saya kita ni semua adalah saya. Ada juga kawan cina saya yang bangkrap, anak tak pi sekolah sebab bapa tak de duit dan lain - lain. Kelebihan yang ada pada mereka adalah tidak pernah kenal putusasa dan juga ada backup plan. Contohnya jika niaga A dia gagal selepas beberapa tahun di tukar jual benda lain........
Tapi kita bila nak bermula..........Soalnya DUIT atau modal..mana nak cari. Sebenarnya jika kita berjalan diMalaysia ini terdapat bertaburan duit dimerata tempat jika kita melihat dengan "mata duitan",maksudnya jika kita lihat sesuatu dan berfikir macam mana nak tukar "benda - benda" ini menjadi duit. ?.
Satu perkara yang saya lihat telah banyak memperkayakan orang dan juga melibat syarikat besar adalah DUIT daripada bahan buangan !.Besi buruk, kertas, botol, plastik, tin aluminium boleh dikutip dan dijual kepada peraih serta juga kepada kilang.!. Tak percaya ? .Lihat gambar - gambar ini.

Ini adalah gambar lori trailer yang sarat dengan besi buruk untuk dijual dikilang melebur dikawasan perindustrian bukit raja. Ini lagi tempat lori menjual besi buruk juga di Bukit Raja

Klik pada gambar untuk besarkan imejnya.....Apakah syarikat gergasi yang beli besi buruk ini ?

Berapa harga jual besi ni ?.Pada masa ini besi RM 8.00 sekilo !. Kertas, kotak, tin aluminium saya tak pasti..........tapi semuanya ada harga. Jika nak jual secara kecilan datang aje ke Kampung Melayu Subang ni..bersepah agen pembelinya baik kertas, botol palstik dan lain - lain. Kampung Melayu Subang letaknya dekat Subang Airport. Tapi ada ke orang kita buat ?. Yang kita dengar adalah....'paper lama, bateri lama, sau ka kau ko ji ' , siap pakai speaker lagi. Ini lah antara jalan mudah nak cari duit. Tapi jangan lupa prinsip taqwa...Jangan dok kutip besi tutup longkang, wayar telekom, besi manhole dll..ini masaalah kita jika tiada taqwa.
Kenapa saya ceritakan ini semua ?. Kerana benda yang kita anggap remeh ni boleh hasilkan duit. Ini lah antara rahsia duit. Rakan saya dapat RM50.00 sebulan hanya jual kertas...psssss....reject daripada opis dia aje........sape nak bagi RM50.0 extra sebulan ni...
Duit juga kan......Ini adalah perkara asas bagaimana kita boleh cari duit. Saya tak suka berteori aje........saya akan bongkarkan segala rahsia duit disini......kerana duit ni sebenarnya mudah didapati........perkara penting adalah USAHA....dan ikut RAHSIA DUIT.....Doa, Usaha, Ikhlas dan Taqwa......Insya Allah kita akan berjaya.......
So bila ada duit sikit ni baru kita boleh buat modal untuk berniaga yang mudah - mudah......
RAHSIA DUIT
No comments:
Post a Comment