" SMALL OFFICE HOME OFFICE " atau dengan kata lain menjalankan aktiviti mencari duit daripada rumah dengan menjadikan rumah anda sebagai pejabatnya.
SOHO mungkin baru di negara kita, tetapi dinegara barat ia telah lama wujud dan dinegara kita sebenarnya ianya semakin pesat berkembang terutama setelah wujudnya perniagaan internet serta sistem streamyx ini.
Saya sendiri telah memulakan SOHO ini dirumah saya sendiri. Inilah pejabat SOHO saya yang terletak dibilik bacaan dirumah saya.
Perkara yang sama bukan sukar untuk dilaksanakan oleh anda. Pada artikel yang lepas saya ada menujukan kepada bagaimana untuk mencari duit daripada barangan buangan dan saya rasa dengan duit ini anda boleh kumpulkan sedikit demi sedikit untuk mencari duit dan boleh beli lap top seperti saya ini pada harga lebih kurang RM2000.00 di Plaza Low Yatt KL.
Lap top saya ini telah berupaya menjana pendapatan untuk saya, walaupun tidak banyak sekurang - kurangnya ia telah mampu untuk bayar duit sewaan streamyx dan juga duit minyak kereta saya serta serta sedikit belanja dapur !.
Saya percaya dan yakin anda juga boleh melakukannya. Hari ini kita telah melangkah ketahun baru 2007, tetapi adakah kita telah berubah terutama dari sudut ekonomi keluarga ?. Jika tidak marilah sama-sama kita mulakan sekarang jika tidak kita akan jauh ketinggalan daripada orang lain.
Satu jenaka yang biasa kita dengar ;
There are three types of mens; the first makes things happen; the second sees things happen; and the last stands there with his mouth wide open,
" Huh !...What happened ?"
Yang mana kita ?.
@2007 RAHSIA DUIT
No comments:
Post a Comment