Wednesday, January 17, 2007

Pelaris Perniagaan

Pelaris perniagaan merupakan suatu perkara yang amat penting dalam menjalankan sesuatu perniagaan. Walaubagaimanapun dalam masyarakat melayu, bila kita sebut sahaja pelaris perniagaan, ramai diantara kita yang akan terbayangkan pelbagai bentul tangkal, jampi serapah bahkan belaan atau makhluk halus yang digunakan untuk menarik pelanggan kekedai ataupun tempat perniagaan. Pelaris perniagaan jenis ini tentu tidak terlepas daripada mendapatkan khidmat bomoh ataupun pawang, atau pun memakai tangkal azimat, batu permata yang banyak meragukan dan lebih dibimbangi akan merosakkan akidah kita.

Memang benar pelaris perniagaan amat penting dalam menjalankan sesuatu perniagaan. Saya ingin kongsikan dengan anda beberapa pelaris perniagaan secara fizikal bukan hal - hal yang melibatkan perkara mistik dan misteri, yang kadang - kadang kita terlepas pandang, bila kita menjalankan sesuatu perniagaan.

Ini dapat dikongsikan bersama anda seperti berikut:-

  1. Nama Perniagaan / Nama Produk/ Jenama Produk.
Untuk menjalankan sesuatu perniagaan kita perlu memilih nama yang sesuai dengan jenis perniagaan yang kita hendak jalankan, hala tuju, konsep, pasaran dan juga bakal pelanggan. contoh mudah adalah jika kita hendak membuka sebuah restoran, sesuaikan nama seperti Restoran Ba Bee ?. Oleh itu jika nama dah tak kena macam mana orang nak datang seterusnya nak melaris kan perniagaan. Bergantung kepada konsep dan jenis perniagaan cuba cari nama yang memberi gambaran yang lebih terbuka dan meluas.

Jika restauran dinamakan Restauran Masakan Thai, pelanggan yang tak makan makanan thai tidak akan pergi kekedai itu !, walaupun restauran itu macam - macam ada....Inilah permulaan pelaris perniagaan yang perlu anda teliti.

2. Lokasi, Lokasi Perniagaan.

Pelaris perniagaan yang perlu anda lihat adalah lokasi perniagaan anda. Jika anda buka restauran dilot tepi atau corner lot, tapi parking susah, jalan nak pergi kekedai anda terpaksa jam pusing 2-3 kali baru sampai kekedai anda, kedai sebelah jual haiwan, parit atau longkang berbau, atau kedai anda depan tempat limpahan kubahan, atau tempat bising, bolehkah anda mengharap untuk menarik pelanggan dan melaris jualan anda ?.

3. Keadaan Premis

Jika premis kotor, tidak tersusun, busuk, gelap, warna cat dalaman yang tidak ceria, panas melampau, adakah pelanggan akan membeli di kedai anda ?

4. Anda dan Pekerja anda.

Jika anda dan pekerja anda tidak mesra pelanggan, muka masam, bau busuk, peribadi kotor,tiada budi bahasa, pakaian selekeh, kedekut dan lain - lain..Adakah pelanggan nak pergi membeli ?

5. Perkhidmatan /Servis

Lembab, pesan lain dapat lain, kaki tangan tak cekap dan lain - lain, macam mana kedai anda nak laris ?.

bersambung.........Pelaris Perniagaan 2

No comments:

NOT FIND WHAT ARE YOU LOOKING FOR?. TRY SEARCH

Google
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.