
1. Apakah yang perkara sebenarnya anda mahu dalam hidup kita ini ?.
2. Sanggupkah kita memperolehi pendapatan yang tidak menentu ?.
3. Kenapa anda ingin jadi usahawan ?
4. Apakah matlamat hidup anda dan keusahawan anda ?.
5. Kenapakah kita ingin berniaga ?
6. Kenapa kita hendak menghasilkan produk ini ?.
7. Adakah produk ini yang dikendaki oleh pengguna ?. Jika ya kenapa ?.
8. Kenapa pengguna hendak membeli produk anda ?
9. Siapakah pesaing kita ?
10. Dimana kita hendak menjual produk ini ?
Walaubagaimana pun saya lihat inilah perkara asas yang kita perlu teliti untuk menjadi usahawan yang berjaya. Jika kita kaji banyak mana usahawan melayu yang berjaya dalam bidang pengeluaran makanan secara besar – besaran ?. Saya bilang tak sampai seratus. Adabi, Ramli Burger, Kicap Habhal...Aminah Hasan ?....... Kenapa ?.
Saya menceritakan MLM ini, kerana ia cara yang mudah untuk kita memulakan perniagaan dengan modal yang kecil kerana sebahagiannya kurang daripada RM100.0, anda sudah berupaya menjalankan perniagaan !. Tetapi berapa ramai orang melayu yang menyertai ?. Menyertai ramai, yang berjaya ?. Kenapa ?.
Pada hari ini ramai orang kita bercakap ketiadaan modal, ilmu, pengalaman dan lain – lain, termasuklah bantuan – bantuan kerajaan. Pada hakikatnya kita sebenarnya mempunyai banyak pendekatan untuk memasuki bidang perniagaan. Contoh yang saya berikan adalah MLM. Bidang perniagaan ini menjanjikan rezeki 9/10 tetapi perlu usaha 10/10 !. Tak kan kita tiada modal RM50 untuk jadi ahli Avon ?. Leceh ?.
Tiada ilmu ?. Sebenarnya kerajaan telah menyediakan pelbagai jabatan dan agensi dimana terdapat pelbagai kursus yang dianjurkan oleh jabatan dan agensi, dimana anda boleh sertai. Layari sahaja laman web MARDI, MARA, FAMA, Kementerian Pembangunan Usahawan.
Tiada pengalaman ?. Bila soal pengalaman ini, saya suka kongsikan contoh yang mudah. Ramai daripada kita telah berkahwin dan ada yang akan berkahwin. Kenapa anda hendak kahwin ?.
Anda tiada pengalaman untuk kahwin !.Tapi anda kahwin juga kan !. So anda pun kawin. Beranak?, anda ada pengalaman ke nak beranak ni ?. Keluar juga kan !.
Oleh itu kenapa tidak kita tidak terapkan konsep kahwin dalam apa jua bidang yang ingin kita ceburi...iaitu: Nak seribu daya, tak nak seribu dalih!.
Antara faktor kegagalan kita pada hari ini adalah
- Sikap malas.
- Tidak melaksanakan sesuatu dengan bersungguh.
- Tiada perancangan dan hala tuju yang jelas.
- Tidak mencari ilmu.
- Kurang membaca buku ilmiah (hanya baca majalah dan surat khabar aje, cerita misteri)
- Suka bergantung kepada kerajaan/ orang lain.
- Tidak amanah dan jujur.
- Tidak peka kepada perubahan.
- Kerja bertangguh – tangguh.
- Tidak berani.
- Malu bertanya.
- Banyak hiburan.
- Buat ikut - ikutan
- Mudah selesa dengan apa yang ada.
- Nak cepat kaya
- Menghabiskan masa dengan sia – sia. (cit –cat, borak, gossip)
- Suka pujian atau nama (duit tak masuk tak pe, ada nama !).
- Suka menunjuk –nunjuk (biar papa asal bergaya ! )
- Suka menyalahkan orang lain ( orang, kerajaan, ekonomi, cuaca, dll).
- Pentingkan diri sendiri.
Kita sama – sama perlu berubah untuk maju. Jika tidak kita semua akan ketinggalan
Renungkanlah dan yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan !.
Download PERCUMA ebuku : SUCCES SECRET
Baca ebuku ini dan amalkan kebaikan ilmu yang ada padanya.
No comments:
Post a Comment