Saturday, January 27, 2007

Bacalah


Bacalah.. atau dalam bahasa arab IQRA'..Ini merupakan ayat al-Quraan yang menyeru kita membaca kerana dengan membaca kita sebenarnya akan memperolehi banyak ilmu pengetahuan dan seterusnya dengan ilmu pengetahuan ini kita akan dapat menjalankan pelbagai usaha mencari wang dengan lebih berkesan. Disamping itu.....Banyak rahsia dan juga ilmu yang boleh didapati hanya dengan melaksanakan aktiviti membaca. Kita pada hari ini amat lemah dalam pelbagai bidang kerana kita sebenarnya kurang membaca. Kita lihat negara barat ini maju serta dapat menguasai ekonomi dan juga kuasa negara yang lemah kerana mereka banyak ilmu dan daripada ilmu yang diperolehi itu digunakan untuk kepentingan mereka menguasai ekonomi dan juga negara yang lain.

Membaca buku ini kita perlu kita jadikan budaya masyarakat kita supaya genarasi akan datang akan lebih maju dan lebih baik daripada sekarang, jika kita semua akan semakin terhimpit dan tertekan oleh orang lain.

Pada masa ini ramai juga orang melayu membaca tetapi bahan bacaan yang dipilih oleh orang kita sebenarnya kurang memberi ilmu yang dapat dimanafaatkan. Kebanyakan kita hanya membaca bacaan ringan seperti suratkhar, majalah hiburan serta bahan ringan lain seperti buku cerita romantis, cerita hantu dan misteri yang mana sebahagian besarnya mengheret pemikiran kita kedunia khayalan. Sebahagian besar kita hanya berminat menonton tv. Dan akhirnya kita hanya menjadi penonton dalam semua segi. Orang asing buka bisnes kita tengok dan kita bercakap. Orang lain dapat harta kayaraya kita tengok dan dok bercakap sana sini, sehinggakan golongan yang dikatakan mahasiwa yang berilmu pun banyak yang dok mengganggur kerana MENANTI KERJA yang sesuai !. Pernahkah anda dengan isu mahasiswa cina mengganggur ?. Kenapa ?.

Negara barat pada hari ini maju kerana mereka rajin mencari ilmu, membacanya, mengkaji, mengamalkan serta memperbarui atau memperluaskan lagi ilmu tersebut. Inilah rahsia mereka dan jika anda kurang yakin kaji lah sejarah. Semua ilmu barat ini berasal daripada kajian yang telah dijalankan oleh orang islam.

Semasa negara islam telah maju dalam bidang ilmu, orang barat pada masa itu berada dalam zaman kegelapan. Orang barat kemudian datang kenegara islam mempelajari ilmu, bahkan menakluk negara islam, membawa balik kitab-kitab karangan ilmuan islam dan memperkembangkan ilmu islam ini kemasyarat mereka serta menerapkan budaya membaca dikalangan mereka. Persoalan adakah orang barat ini ada membayar royalti kepada orang islam?. Royalti macam mana ? Peluru dan Bom ?. huh.....

Bagaimanakah budaya membaca ini diterapkan dalam masyarakat barat ?. Pernahkah anda dengar 'Bed Time Story'?. Bed time story ini merupakan amalan sebahagian besar keluarga dibarat dimana mereka akan membacakan buku cerita pada anak - anak mereka semasa anak - anak mereka berada dikatil ketika hendak tidur malam supaya memudahkan mereka tidur.

Ini secara tidak langsung menarik minat kanak untuk membaca daripada kecil dan seterusnya minat membaca ini dibudayakan ataupun menjadi amalan kehidupan harian. Adakah barat mereka cipta teknik ini ?. Bagi saya tidak, ianya bersumber daripada islam !. Lihat.....

Ulama islam ada mengatakan bahawa kanak - kanak itu dilahirkan umpama kain putih, ibubapa yang akan mencoraknya untuk menjadi baik atau buruknya.

Hadis nabi ada menyuruh kita mengajar anak - anak supaya di ajar bersolat pada umur 7 tahun jika anak - anak tidak melaksanakan solat pada umur 10 tahun di suruh dirotan. Jika lojik akal sebahagian kita hanya baligh pada umur 12 - 15 tahun, kenapa umur 10 tahun yang hukumnya belum wajib solat kerana belum baligh, disuruh rotan jika tak solat ?. Saya yakin ini kaedah untuk memberikan latihan kepada anak-anak supaya peri pentingnya solat serta memjadikan ia suatu kebiasaan.

Implikasi yang sama juga telah digunakan oleh orang barat untuk menarik wang dalam bidang perniagaan. Contohnya lihat sahaja rahsia KFC menjual hebat dinegara kita ini. KFC jual ayam goreng sahaja ?. Tidakkan mereka juga memberikan pelbagai mainan percuma kepada kanak - kanak jika membeli KFC.

Ibubapa terpaksa beli KFC kerana anak perlukan mainan dan bila sejak daripada kecil kanak - kanak ini makan KFC, maka bila dewasa dan sudah bekerja nanti makanan apa yang mereka akan cari ?. Saya jangkakan KFC dan Maggi.

Ini penerapan budaya KFC yang diterap oleh masyarakat barat kepada kita kerana mereka sebenarnya telah mengkaji dan berilmu. Kaedah ini dipanggil bonding effect yang diaplikasikan daripada kajian Pavlov's ataupun bahasa mudah kajian anjing dan loceng.

No comments:

NOT FIND WHAT ARE YOU LOOKING FOR?. TRY SEARCH

Google
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.