
Untuk menarik pelanggan dan seterusnya meningkatkan jualan anda, satu kaedah yang boleh dip di amalkan adalah dengan memberikan komisyen kepada mereka - mereka yang memberikan jualan kepada anda pada nilai yang mengembirakan agen atau 'wakil jualan' anda.
Teknik ini sebenarnya telah lama di amalkan oleh masyarakat perniagaan, walaubagaimana pun ianya jarang di amalkan oleh orang melayu dalam bidang perniagaan. Saya sudah lama mengetahui teknik ini kerana ianya banyak di amalkan oleh sebahagian orang - orang di Kelantan. Ceritanya begini, pada tahun 70'an saya ingin membeli sebuah motosikal honda cup. Saya bersama abang dan juga bapa saudara saya akan kedai untuk membeli motosikal ini. Sebelum itu bapak saudara saya telah buat kajian kedai mana yang akan berikan komisyen yang banyak.
Oleh itu bapa saudara saya pun akan masuk ke kedai motor berkenaan dan terus jumpa tauke kedai dan bertanya 'Tauke jika saya rekemen seorang nak beli motor dengan tauke berapa komisyen tauke nak bagi ?' . Selalunya tauke akan cakap ' Ok Satu ratuslah..atau Lima puluh..!. Selepas itu bapa saudara saya akan panggil saya dan abang masuk kedai.... sebab kita pun memang nak beli motor ini...so lepas bincang harga..dan mintak sikit diskaun, kami bayar duit....esok boleh ambil motor.
Saya dan abang akan keluar dahulu daripada kedai, kemudian bapa saudara terus minta duit daripada tauke dan dia pun sure berikan duit itu.Bapa saudara saya keluar kedai kita pun jumpa kat kedai kopi...belanja makanan kemudian duit itu pun bapa saudara bagi 3 la....so berduit sikit la saya pada hari itu...Anda ingat tauke tu rugi ke ?. Ia tak akan rugi bahkan dapat duit lebih lagi !. Puncanya...beli motor kena beli insuran, tauke ni akan makan komisyen insuran. Jika kita buat pinjaman, dia akan minta komisyen daripada agen yang beri pinjaman, untung jual motor lagi, untuk capai target jualan sebagai dealer motor dan lain - lain...tak percaya....tanya kawan - kawan yang jual kereta dan motor ini...kalau dia nak ceritalah...tapi...
Beginilah perkara yang sama saya lakukan, jika ada kawan - kawan nak beli apa -apa pun. Peti ais ke, tv, tanah, sewa rumah, jual kereta dan lain....Kita jadi agen tak langsung kepada kedai itu atau dengan bahasa perniagaan broker lah...so itu sebab wujudnya ..apa benda tu...remiser ?...broker hartanah...penasihat kewangan (agen insuran )... Teknik ini kedai atau syarkat dapat pelanggan.
Kes kedua, kawan saya nak jual kereta, dia cakap kat saya, jika saya dapat cari pembeli untuk beli kereta dia, dia akan bagi saya RM500. Saya pun apa lagi...Kontek kawan, kat kawan - kawan saya cakap jika kawan dapat cari buyer, I beri RM150.00. Dalam masa 3 minggu aje kereta itu dapat dijual, Kawan saya berikan komisyen kepada saya, saya pun beri kat kawan saya yang bawak pembeli tu RM150.0. So masing - masing ada lah duit... Kita ni bila nak dapat komisyen jangan tamak...share lah duit tu..baru mudah dapat duit....
Pada hari ini saya dah baca buku ' How to Sell Anything to Anybody' oleh Joe Girard. Satu teknik yang dia gunakan untuk dapat pelanggan rupa -rupanya kaedah inilah....terbang duit saya RM55.50 beli buku ini kat Kinokuniya KLCC. Ilmu punya pasal kita kena cari...Joe Girard adalah salesmen terbaik diakui oleh Guiness Book.
Oleh itu jika anda hendak kembangkan perniagaan anda berikan lah sedikit komisyen kepada introducer yang bawa pembeli yang membeli produk atau barangan anda. Persaingan makin sengit dialam perniagaan dan kaedah ini antara teknik terbaik.Kaedah inilah yang mewujudkan program affiliate dalam perniagaan internet !. Mananya orang beli, anda dapat komisyen. Sebagai peniaga anda memiliki jurujual secara tak langsung untuk membeli produk anda. Selalu mereka yang datang kekedai anda melalui introducer ni kadar pelanggan ini hendak membeli dikedai anda adalah tinggi, kerana dia percaya dan yakin kepada yang introducer berkenaan.
Ingatlah pesanan Donald Trump ' Jika anda memiliki produk yang baik tapi Jika anda GAGAL MENJUAL, ANDA ADALAH SEORANG YANG GAGAL !'. Oleh itu berilah sedikit komisyen kepada introducer itu, walaupun dia tak mintak..sebab jika dia seronok, banyak lagi pelanggan yang akan dibawanya. Walaubagimanapun pastikan perniagaan dan perkhidmatan anda jujur dan ikhlas, jika tidak anda akan hancur.
No comments:
Post a Comment