
Kos untuk mencari pelanggan baru adalah 95% lebih tinggi jika dibandingkan dengan kos untuk mengekalkan pelanggan sediaada....
Jika anda ingin memastikan kedai anda atau pun perniagaan anda dapat kekal, serta mampu berdayasaing dan memberikan pulangan yang lebih baik setiap tahun, anda hendaklah memastikan pelanggan yang telah membeli di kedai, di syarikat ataupun di laman web anda terus membeli daripada anda.
Jika kita lihat persaingan yang semakin sengit sekarang ini didunia perniagaan, pengekalan pelanggan adalah aspek penting untuk sesebuah syarikat untuk bertahan lama dalam bidang perniagaan. Oleh sebab inilah munculnya pelbagai teknik untuk mengekalkan pelanggan ataupun mewujudkan pelanggan tetap ataupun setia. Lihat saja pelbagai kad pelanggan setia diwujudkan seperti Petronas -Kad Mesra, MAS - Kad Enrich, Bonus Link, JUSCO - J kad, TV3- My TV3 dan lain- lain.
Kajian telah menunjukan bahawa kos mengekalkan pelanggan adalah lebih rendah daripada mencari pelanggan baru !. Untuk mencari pelanggan baru, iklan dan promosi perlu dilaksanakan dan kos ini amat tinggi seperti iklan tv kosnya melebihi RM12,000.00 untuk tanyangan beberapa minit di TV.
Untuk kekal pelanggan cara mudah adalah kumpul bisnes kad pelanggan atau alamat, ataupun no.tel pelanggan anda. Apa salahnya jika anda letakan satu botol dikedai anda dan letakkan tanda "Drop Your Business Card Here" atau letakan kad anda disini. Dan pada setiap bulan anda buatlah cabutan bertuah. Anda cabut 3 kad dan mana - mana kad yang dapat anda berikan sedikit hadiah kepada pelanggan anda yang bernasib baik. Talipon, SMS atau hantar surat kepada pelanggan anda. Pelanggan anda pasti terkejut dan seronok !.
Contoh hadiah yang mudah ialah makan percuma dikedai anda untuk seorang, jika anda berniaga restauran ataupun beri lain hadiah dengan syarat pelanggan anda itu perlu datang ke kedai anda ambik hadiah berkenaan dalam tempoh masa yang sesuai.
Adakah anda ingat dia akan datang seorang aje kerestoran anda ?. Atau adakah dia akan datang hanya nak ambik hadiah sebuku roti sahaja dikedai anda ?..Saya yakin dia akan datang ambil hadiah dan beli lagi barangan lain ataupun dia akan ajak kawan-kawan makan di kedai anda sebab dia dah dapat makan free ataupun dapat diskaun.
Satu lagi teknik mengekal pelanggan adalah beri diskaun kepada pelanggan. Contohnya jika anda berniaga kedai makan, anda kira- kira jumlah harga adalah RM10.20. so kira diskaunlah yang 0.20 sen ni....
Pengalaman saya amat menarik dalam kes ni. Saya pernah pergi ke Langkawi, biasalah mesti shopping. Saya pergi dalam kumpulan dalam 20 orang.Ada kawan yang kaki shopping dah pergi dahulu kekedai Ismail Group bahagian hujung....diPekan Kuah. Dia balik berceritalah kedai ini bagi dikaun hebat, sama teknik yang saya nyatakan diatas. So apa jangkaan anda ?. Saya seramai 18 orang terus kekedai berkenaan beli barang !.
Kedai Ismail Group ini ada dua kedai di Pekan Kuah, yang banyak beri diskaun adalah kedai yang berjauhan diblok berdepan dengan kedai Ismail Group yang besar. (Dengar cerita ini kedai adiknya).
Setelah anda dapat kumpul nama dan alamat mereka hubungilah mereka sekali sekala untuk memberi diskaun ataupun memaklumkan jika ada produk baru, diskaun dan lain - lain. Teknik yang sama juga diguna pakai oleh syarikat jualan langsung !.
Avon, Cosway, Leno, Amway, dan lain - lain telah menghasilkan jualan jutaan setiap tahun. Ada depa buat iklan TV atau News paper....kurang jika dibanding dengan produk pengguna yang lain. Sebabnya mereka dah ada pelanggan tetap, ia itu AHLI Direct Selling ini !. Tapi setiap bulan dia akan hantar katalong untuk anda. Ada sahaja produk baru ada sahaja diskaun untuk ahli...so tiap bulan adalah yang membeli.
Gunakanlah kaedah yang sama untuk perniagaan anda, saya yakin ia pasti berjaya. Saya ingat pesan guru saya, dia kata setiap derma atau sedekah akan di gandakan oleh Allah s.w.t 10 kali ganda !. Teknik ni barat dok guna la....Sentiasalah bersedekah jika anda ingin murah rezeki.
Berniaga tetap berniaga tapi jangan lupa keluarkan ZAKAT bila dah cukup haul dan nisab kerana ia adalah kewajipan perniagaan dan supaya ianya lebih berkat. AMIN.
No comments:
Post a Comment