Monday, February 19, 2007

Pemasaran Kreatif


Satu daripada perkara yang kita kadang - kadang lupa dalam bidang perniagaan adalah memasukkan elemen kreatif dalam pemasaran kita.

Untuk meningkatkan jual, tanggapan pelanggan dan nilai sesuatu produk, elemen kreatif perlu kita praktikkan.

Cuba lihat batu kecubung ini... Batu kecubung ini pada asalnya berupa sebiji batu biasa yang di jumpai di dalam tanah. Dengan kemahiran tukang permata, batu ini dipotong, dicanai sehingga sedemikian rupa, supaya ia kelihatan lebih menarik hati pelanggan.

Dengan membuat beberapa potongan, batu ini kelihatan cantik dan berkilau, dan harganya pasti akan melambung naik. Beginilah pendekatan yang kita perlu ambil dalam memasarkan produk ataupun perkhidmatan. Tambah nilaikan kepada produk berkenaan untuk mendapat harga yang lebih baik.

Saya mempunyai seorang kenalan daripada Nepal, katanya batu yang banyak dijual negara kita ini sebenarnya harga asalnya adalah murah saja. Saya pernah membeli sebiji batu serai daripadanya pada harga.... manakala di kedai pula harganya mencecah ratusan ringgit.

Adalah di katakan bahawa batu serai merupakan pemanis serta penyeri wajah pemakainya...benarkah begitu ?. Saya dapat pastikan batu serai adalah pemanis wajah penjualnya...ya lah dah dijual batu itu, dapat duit tak manis ke penjual itu ?.

No comments:

NOT FIND WHAT ARE YOU LOOKING FOR?. TRY SEARCH

Google
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.