
Saya mempunyai ramai kenalan yang amat berminat untuk menyertai bidang perniagaan, terutama perniagaan makanan. Kami selalu berbincang berkaitan pelbagai jenis perniagaan.
Bidang utama pilihan mereka ialah perniagaan makanan. Pada pandangan mereka bidang makanan ini terlalu luas dan manusia ini sentiasa memerlukan makanan.
Agi idup agi makan...kot. Walaubagaimana pun pada peringkat manakah dalam bidang perniagaan makanan ini, yang sebenar - benarnya menguntungkan dan boleh membuat duit lebih baik ?. Pengeluar kah (manufacturer) atau pemasar/pengedar ? ( traders).....Ahli nujum Pak Belalang sila jawab...
Pengedar/penjual atau trader kerana pada pandangan saya kos operasi mereka lebih rendah jika dibandingkan pengilang atau pengeluar. Menjadi pengedar atau trading ini lebih mudah dan kos permulaannya rendah jika dibanding dengan pengeluar.
Pengilang terpaksa beli mesin dan peralatan, bahan mentah dan lain - lain untuk memulakan pengeluaran manakala pengedar kurang membeli peralatan ini.
Sebenarnya dalam industri pengeluaran makanan ini, terutama makanan orang - orang melayu telah ramai yang melaksanakanya dan menjadi pengeluar. Anda namakan sahaja apa jenis produk !. Sejukbeku, kerepek, biskut, kuih -muih, mee kuning, dan banyak lagi...tetapi masaalah utama pengeluar ini adalah pemasaran.
Oleh itu jika anda berminat untuk berniaga makanan, kenapa tidak anda menjadi pengedar sahaja ?. Tak tahu di mana sumber pengeluar..Pergilah jumpa pegawai MARA ataupun FAMA, saya dimaklumkan bahawa mereka mempunyai ratusan data base berkaitan dengan pengeluar produk makanan halal ini. Oleh itu jadilah pemasar atau pengedar bukan pengeluar.
Jika anda betul minat berniaga cuba masuk mana syarikat jual langsung, cuba jual produk berkenaan. Syarikat MLM yang saya sertai ialah AVON, LENO dan COSWAY.
Cuba anda menjual produk - produk syarikat ini dan kaji perkembangan diri anda !.
Kenapa saya cadangkan begini ?. Saya lihat ramai daripada kita nak berniaga ini sebenarnya 'hangat - hangat tahi ayam' aje. Bila tiada duit sibuk nak berniaga. Ataupun jika kita lihat orang lain berniaga dan berjaya, kita pun ikut...tapi bila menempuh pelbagai kesukaran dan cabaran, kita tak sanggup !.
Ataupun bila perniagaan kita yang lain, mula menunjukkan kemerosotan kita mula nak berniaga makanan...Bagi saya ini semua budaya berniaga nasi lemak. Satu orang dah mulakan dihujung jalan..nanti kita dapat lihat sepanjang jalan akan dipenuhi perniaga nasi lemak..bagi saya meniagalah benda lain..nasi dagang ke...pelbagai supaya pengguna ada pilihan.
Sebelum menceburi bidang perniagaan makanan ini kajilah dahulu, umapama buah pitaya (dragon fruit) ada merah ada yang putih..buat pilihan..
Saya diberi tahu bahawa buah dragon fruit ini jika amalkan memakanya boleh kurangkan sakit cancer. Tapi hendaklah di AMALkan memakannya.
HAPPY CHINESE NEW YEAR TODAY.
No comments:
Post a Comment