
Penggunaan teknologi yang ada pada hari ini dinegara kita mampu menambahkan pendapatan dalam kehidupan kita. Kita hanya perlu memilih dan mengetahui teknologi mana yang sesuai dengan keperluan kita. Walaubagaimana pun ramai yang tidak tahu atau pun mencari teknologi ini dan menyebabkan..... masaalah ekonomi terutama orang - orang kita, kurang menyerlah.
Saya selalu juga pulang kekampung, bila melalui jalan dikampung saya itu, banyak saya lihat tanah - tanah sawah yang terbiar kosong tidak di usahakan menanam apa -apa pun.
Saya sering tertanya-tanya kemana orang kampung ini?. Kenapa tidak diusahakan tanah ini dan ianya terbiar kosong ?. Di sekitar Kuala Lumpur ini jika kita jauh berjalan, terdapat kawasan -kawasan rizab, seperti tanah milik TNB, terutama tanah - tanah dibawah pencawang disewa orang dan ditanam pelbagai jenis sayuran...dan terus dijual dipasar - pasar bagi menghasilkan wang.
Saya pernah terjumpa dikawasan Serdang, bahagian pendalaman bandar baru, dimana ada bangunan rumah kedai, mungkin agak jauh daripada penempatan atau kurang penduduk, disewakan oleh orang tertentu dan dijadikan pusat penanaman cendawan !. Begitulah sibuknya orang dikota mencari duit, tapi dikampung......
Sekarang ini jika saya balik kekampung pun, nak makan ayam pun kena beli...jika dahulu semasa tinggal dikampung saya sekeluarga membela ayam dan juga kambing serta tanam ubi kayu. Ubi kayu direbus dan dimakan bersama kelapa parut ataupun ikan kering goreng, sebelum kesekolah. Ubi kayu yang tak habis dimakan, dijemur dan kemudian digoreng biasa ataupun disira dengan gula, jadi kerepek ubi.Kerepek di makan masa buat kerja sekolah sebelah malam atau pun masa baca buku sekolah.
Jika nak makan gulai ayam, sembelih sahaja. Kambing pula dijual oleh arwah bapa untuk buat belanja sekolah kami adik beradik. Tapi kini semua itu tinggal kenangan. Nampaknya kehidupan dikampung sudah jauh berubah.
Sebenarnya tanah - tanah yang kosong ini boleh ditanam dengan pelbagai tanaman mudah, seperti serai ataupun serai wangi. Serai wangi ini boleh di rebus dan disulingkan bagi mendapatkan minyak pati atau dikenali essential oil. Harga essential oil ini amat mahal dan inilah yang kita jual. Alat penyulingan ini pernah saya lihat pada satu pameran di Sik, Kedah, harga pun tak mahal dalam RM5,000.00 sahaja. Saya rasakan jika anda berminat boleh bertanyakan pihak MARDI. Ini yang saya maksudkan guna teknologi tambah pendapatan.
Begitu juga tanam padi, ada petani yang hanya tanam padi benih...jual padi benih lebih mahal harganya daripada padi biasa. Dengan ini kita dah tambah nilai kepada usaha - usaha kita.
Satu lagi kaedah mendapat duit adalah menjalankan perniagaan melalui internet cara mudah. Caranya adalah dengan menjual barang - barang di ebay. Saya dimaklumkan bahawa penduduk 10,000 Singapura dok berniaga kat ebay ni, kita ?. Anda boleh rujuk di http://www.ebay.com.sg. Jika kita banding di Malaysia ?. rujuk ebay.com.my.
Setelah saya meneliti, saya dapati bahawa kita terhad kerana hendak berniaga diebay kena buka akaun PayPal. Ini boleh dibuat dengan mudah, tapi nak keluar duit daripada PayPal ada masaalah bagi kita di Malaysia.
Saya sudah jumpa satu ebuku percuma yang ajar cara nak keluar duit daripada PayPal ini. Caranya amat mudah dan ebukunya adalah PERCUMA
Anda boleh download disini : KELUAR DUIT DARI PAYPAL
Saya yakin dengan adanya kaedah ini, anda boleh mula menjalankan urusan jual beli di ebay dengan mudah.
Jika anda perlukan teknik lebih mencari wang, saya mencadangkan anda memiliki buku Rahsia Forex dan juga Tsunami Wang.
Ebuku Rahsia FOREX mengajar kita mencari wang dengan menjalankan urus niaga matawang diinternet dengan lebih mudah.
Manakala ebuku Tsunami Wang mengajar pelbagai teknik mencari wang melalui internet yang berguna. Dalam usaha mencari duit ini kita perlu memiliki ilmu. Samaada, ilmu melalui pembacaan ataupun berguru. Saya sendiri pun banyak membaca buku dan menghadiri pelbagai kursus keusahawanan serta kursus peniagaan internet ini.
Kita semua perlu mengunakan teknologi yang ada bagi meningkatkan pendapatan. Jika anda ingin teknologi pertanian boleh tanya MARDI, teknologi penternakan Jabatan Haiwan, penanaman, Jabatan Pertanian, pemasaran, FAMA dan pelbagai agensi kerajaan yang sedia membantu kita. Layari lah laman web agensi kerajaan ini.
Ingat lah "Siapa ada maklumat (ilmu), dia yang akan menguasai dunia hari ini"
Selamat berjaya.
No comments:
Post a Comment