Monday, February 12, 2007

Money is not everything.....


Money is not every thing but is something, because without money you nothing. Inilah beberapa falsafah zaman moden ini. Jika dulu kita pernah mendengar bahawa duit tidak dapat membeli semua benda bahkan ada yang berani mengatakan duit tidak dapat membeli cinta...benarkah begitu pada masa ini ?.

Saya yakin dunia telah banyak berubah, bagi saya cinta, maruah dan lain- lain pun dapat dibeli dengan duit ini !. Saya memperingati diri saya, sebagai beragama Islam, dan ingin berkongsi dengan anda bahawa duit ini BUKANlah TUHAN bahkan, ia boleh menjadi HANTU kita !. Tapi pada hari ini berapa ramai yang telah menjadikan duit ini tuhan ?. Pada pandangan dan pengalaman saya, RAMAI !.

Memang benar, kita tidaklah menyembah duit ini, tapi dalam kesibukan kita berusaha mencari duit, ramai yang telah melupakan Allah s.w.t, tuhan yang memberikan rezeki kita. Sekarang ini sudah wujud fenomena ramai yang tak bersolat, mengabaikan solat, meringankan solat, kerana berusaha mencari duit. Lihat sahaja disekeliling kita !. Jika ini jadinya tidakkah seseorang telah menjadikan duit sebagai tuhan ?.

Bahkan yang lebih dasyat lagi ada yang mencari duit secara jelas haram !. Berjudi, menipu, jual maruah dan lain - lain.Sungguh menyedihkan.Kenapa ini terjadi ?....

Oleh itu dalam usaha kita mencari duit ini, marilah kita sama-sama jangan lupakan Allah s.w.t. Tak salah berusaha mencari kekayaan, tapi Allah s.w.t jangan kita sekali - kali lupakan. Satu kaedah usaha mencari duit ini adalah kita perlu mewujudkan sistem pertahanan duit !.

Sistem ini memerlukan disiplin yang kuat. Cara yang pertama adalah kita perlu menyimpan sekurang - kurangnya 10 % daripada duit pendapatan kita untuk masa kecemasan. Satu kaedah yang baik adalah dengan menyimpan bersama takaful.

Saya lebih suka merujuk kepada takaful, bukan insuran kerana pada pandangan saya ia adalah lebih baik. Ramai diantara kita tidak menyimpan ditakaful ini. Persoalan saya adalah, jika sesuatu berlaku kepada kita, siapakah yang akan menyara kehidupan keluarga kita ?.

Saya lihat yang paling ramai masuk atau beli insuran ini, adalah orang cina. Saya ada seorang kawan cina, sejak anak dia lahir lagi sudah masuk insuran ini. Bila anak dia masuk hospital, insuranlah yang bayar. So jimatlah duit...

Kita kadang-kadang terlupa untuk membuat persediaan ini. Kebaikan takaful sebenarnya adalah ia dapat memberikan sistem pertahanan kewangan yang cepat. Contohnya begini, jika sesorang inginkan pertahanan untuk keluarga bernilai RM100,000.00, maka ia ambilah polisi yang bernilai ini. Katakan dia perlu menyimpan sebanyak RM200.00, untuk 20 tahun. Jika dia telah membeli polisi ini pada hari ini serta membayar wang polisi RM200.00 untuk bulan tersebut. Jika ditakdirkan esuknya dia meninggal dunia, takaful akan bayarkan kepada keluarganya RM100,000.00 !. Tidakkah ini dapat membantu keluarga berkenaan ?.

Jika beliau masih panjang umur selepas 20 tahun takaful akan memberikan semula nilai simpanan bersama sedikit keuntungan. Duit disimpan ditakaful, akan dilaburkan oleh syarikat untuk menghasilkan keuntungan.Keuntungan dibahagi kepada pencarum pada kadar tertentu. Tidakkah ini menguntungkan ?. Tidakkah ini sistem pertahanan keluarga yang kental ?. Tapi berapa banyak orang kita menyertainya ?.

Kita hanya menginsurankan kereta kita sahaja, tapi tidak diri kita dan ahli keluarga !. Siapakah yang lebih bernilai keretakah atau diri dan ahli keluarga ?....Oleh itu wujudkanlah segera sistem pertahanan keluarga ini.

1 comment:

Anonymous said...

Penerimaan masyarakat terhadap takaful adalah bergantung kepada kualiti agen atau perunding takaful yang dipertanggungjawab memasarkan produk takaful. Lihat pendapat peribadi saya di Blog Takaful dotbiz khususnya topik ini. Terima kasih.

NOT FIND WHAT ARE YOU LOOKING FOR?. TRY SEARCH

Google
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.