Thursday, February 15, 2007

Sewaan Rumah Burung


Saya berpeluang ke Kuala Selangor semalam atas urusan peribadi. Semasa saya berada , saya sempat makan tengahari dipekan Tanjung Karang. Dalam perjalanan ke Tanjung Karang itu saya terlihat sebuah bangunan. Bangunan ini kelihatan seperti rumah kedai, tapi ianyan cukup bising dengan suara burung layang - layang. Saya bertanya kepada kawan saya yang tinggal disini. Kata kawan saya bangunan itu merupakan bangunan dibuat untuk didiami oleh burung layang -layang dan bunyi yang didengar itu adalah rakaman suara burung layang-layang.

Ini bertujuan untuk menarik lebih banyak burung layang - layang untuk menetap disitu. Kenapa begini ?. Bagi saya ini satu teknik mencari duit yang cukup pintar. Tahukah anda berapa harga sekilo sarang burung layang layang ?. Harga sarang yang mentah ataupun belum dibersihkan serta digredkan adalah beranggaran RM1,000.00 !. Jika sarang ini sudah dibersihkan dan digredkan nilainya adalah RM5,000.00 sekilo !.

Sarang burung layang-layang ini, umpama emas bagi orang cina, sama taraf dengan ginseng juga. Inilah pendekatan jika kita hendak berniaga Cari produk yang dikehendaki oleh pengguna dan bernilai tinggi serta sentiasa ada pasaran. Juga kurang pesaing. Sarang burung layang - layang ini sukar dicari.

Ramai percaya bahawa sarang ini didapati digua - gua serta dibukit,oleh itu sukar untuk mendapatkannya. Jadi disebabkan nilai pengubatan yang tinggi, pengguna sanggup beli. Pengguna anggap ia diperolehi daripada bukit atau gua, oleh nilai mahal pun tak apa, pada hal dibela kat rumah aje !.


No comments:

NOT FIND WHAT ARE YOU LOOKING FOR?. TRY SEARCH

Google
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.