Percayakah anda bahawa setiap sesuatu dalam kehidupan ini mempunyai kunci tersendiri untuk kita memperolehi sesuatu dengan mudah ?. Selain langkah pertama adalah berdoa, ada satu lagi rahsia ataupun kunci untuk kita mencapai kebahagiaan dalam hidup.
Rahsia ini ialah kita hendaklah sentiasa beristighfar dan bertaubat kepada Allah s.w.t dan ianya perlu dijadikan amalan harian. Amalan ini akan menambahkan rezeki dan banyak mendapat kebahagiaan daripada Allah s.w.t, insya Allah.
Apakah dalil bahawa Istighfar dan taubat kunci rezeki ?.
Bacalah surah Nuh:10-12. di dalam Al-Quraan yang mulia yang bererti
"Maka aku katakan kepada mereka, "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu' , sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakan harta dan anak -anak mu dan mengadakan untuk mu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya) untuk mu sungai - sungai".
Ayat ini jelas menunjukan cara mendapat rezeki iaitu dengan beristighfar.
Ini diperkuatkan lagi oleh Hadis Nabi Muhammad s.w.a yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Dawud, An - Nasa'i, Ibnu Majah dan Al-Hakim dari Abdullah bin Abbas dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
" Barangsiapa memperbanyakan istighfar (mohon ampun kepada Allah), nescaya Allah menjadikan untuknya setiap kesedihannya jalan keluar dan untuk setiap kesempitannya ada kelapangan dan Allah akan memberinya rezeki (yang halal) dari arah yang tiada disangka - sangka"
BUKU PERCUMA : PJAMAS REVOLUTION
No comments:
Post a Comment