Monday, December 11, 2006

Rahsia Duit 1- Doa

Pendekatan yang paling utama dalam mencari kebahagian dalam diri anda untuk mencapai sesuatu terutama dalam mencari rezeki serta apa jua yang diinginkan dalam hidup ini pada pandangan sayai ialah langkah pertamanya adalah berdoa.

Doa merupakan inti ibadat dan pendapat saya ini ditulis dari sudut saya sebagai seorang yang beragama Islam. Setelah meneliti dan membaca pelbagai buku saya telah temui satu buku yang baik iaitu 'HADITH 40' susunan Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Sharif Al-Nawawi atau Imam Nawawi seorang ulama terkenal, yang telah diterjemahkan oleh Allahyarham Al-Ustadh Mustafa Abdul Rahman Mahmud.

Buku ini telah diterbitkan oleh Dewan Pustaka Fajar dan boleh didapati dikedai - kedai buku di negara kita. Antara kandungan yang menarika ialah bila dirujuk kepada Hadith 19 dalam buku ini yang bererti:-

'Dari Abi al-Abbas Abdillah bin Abbas r.a katanya : Pada suatu hari adalah aku dibelakang Nabi s.a.w, lalu baginda bersabda: Hai anak !, aku akan mengajar engkau beberapa perkataan.Peliharalah Allah, nescaya Ia pelihara engkau. Peliharalah Allah, nescaya engkau dapatiNya di hadapan engkau. Apabila engkau meminta, maka mintalah kepada Allah. Dan apabila engkau memohon pertolongan, maka pohonlah pertolongan itu dengan Allah. Dan ketahuilah!.Sesungguhnya umat itu kalau mereka berkumpul untuk memberikan manfa'at kepada engkau dengan sesuatu, tidaklah mereka dapat memberikannya kepada engkau kecuali dengan suatu yang telah dituliskannya oleh Allah atas engkau.
Dan jika mereka berkumpul untuk membahayakan dengan sesuatu, tidaklah mereka dapat membahayakan engkau kecuali dengan suatu yang sudah dituliskannya oleh Allah atas engkau. Diangkatkan segala pena dan telah keringlah pula segala buku'

Diriwayatkan oleh Tirmizi, dan katanya hadith ini hasan sahih.

Ibn al_Abbas pada waktu menerima hadis ini adalah berusia kurang dari 10 tahun !.Hadis ini amat besar maknanya.

Petikan syarahannya,

Peliharalah Allah, nescaya Ia pelihara engkau. Peliharalah Allah, nescaya engkau dapatiNya di hadapan engkau. Bahawa antara perkara yang wajib dipelihara dengan sesungguhnya adalah sembahyang dan memelihara anggota badan daripada melakukan yang diHaram agama.

Seterusnya apa yang kita hajati hendaklah diminta daripada Allah s.w.t samada dari urusan dunia dan juga akhirat kerana Allah sahaja yang memberi dan mengawal kehidupan dunia dan juga akhirat.

Oleh itu apa jua yang ingin kita lakukan dan kehendaki hendaklah kita sentiasa berdoa kepada Allah. Inilah kunci pertama menuju kebahagian. Jika berpandukan hadis yang besar maknanya untuk keterangan lebih jelas belilah buku ini dan baca.

Semuga cita-cita anda akan tercapai.

Rahsia Duit

No comments:

NOT FIND WHAT ARE YOU LOOKING FOR?. TRY SEARCH

Google
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.